Mekkah

Tips Sebelum Ke Makkah

2017_2_7_12_3_18_451

SUMBER IMEJ

Saudara Khairul Hakimin Muhammad berkongsi kisahnya bersama seorang pakcik.

Waktu ke Makkah menunaikan umrah pada tahun 2011, seorang pakcik nasihatkan kami.

  1. Datang ke sana, taubat dahulu baru sibuk meminta-minta dalam berdoa. Untuk makbul doa, ia biasanya datang dari orang yang tidak banyak berdosa.

Perbanyakkan solat taubat. Ia perlu lebih dari solat hajat.

  1. Kemudian, banyak-banyak memberi hadiah dan bersedekah kepada mereka yang kita kenal dan tidak kenal. Lagi banyak memberi, lagi banyak yang Tuhan balas. Mana-mana pergi, tak kira tanah suci atau tak, sediakan selalu duit-duit kecil. Ia mungkin nampak biasa nilainya, namun beri gembira besar kepada penerima.

Ingat, menggembirakan orang akan menggembirakan Tuhan.

TJ

  1. Memintalah kepada Tuhan dengan spesifik. Mahu anak lelaki, minta anak lelaki. Mahu anak perempuan, minta anak perempuan. Tak perlu minta yang susah seperti nak anak bijak, warak dan sebagainya. Minta dengan usaha, begini “Ya Tuhanku, berilah aku anak perempuan yang boleh aku didik menjadi anak yang solehah”.

Jika minta nak solehah terus sebaik melahirkan, susah ya amat. Jadi minta dengan perjanjian usaha.

  1. Banyak bersangka baik dengan Tuhan. Jika dulu stress duk banyak berdoa namun sikit yang makbul. Namun kini, teruskan berdoa supaya ia datang dengan usaha yang tak pernah berhenti.

5. Banyak-banyak istighfar. Ia menghapus dosa, juga membuka rezeki yang kita tidak sangka.

Begitulah.

Pagi tadi, aku baca tentang seorang lelaki yang bersedih apabila ditanya soal anak. Iya. Aku tak reti nak bersembang kencang. Kami juga merasai pengalaman 6 tahun menanti.

banner malaysiakini

Sedih itu campuran emosi. Namun kawan, ketahuilah, apabila kau sudah mendapat seorang, hilang terus perasaan menanti itu. Ia datang dengan cahaya yang tak pernah-pernah padam. Sentiasa beri kau seri, sampai kau silau dan terus sahaja bersyukur tanpa henti.

Ya kawan, sabarlah. Tuhan mengujimu dengan cinta. Iya, semoga kau akan dikurniakan zuriat seperti kami ya. Terus tabah, berusaha dan jalankan kewajipan seperti biasa.

SUMBER: Facebook Khairul Hakimin Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *