Berdoa b

Ingatlah Jasa Ibu Kita

Saudara Khairul Hakimin Muhammad berkongsi kisahnya.

Waktu kecil dulu, aku suka sekali mengikut emak ke pasar. Semasa emak memilih ikan, memberitahu ayam perlu dipotong berapa dan bagaimana, aku perhatikan sahaja. dari geli-geli nak memegang dan menyentuh segala haiwan laut yang segar bugar di dalam kepungan ais, akhirnya jadi biasa.

TJ

Di pasar, aku melihat emak bergembira dengan membeli belah. Ambil sayur. Pilih-pilih kemudian meletakkannya di dalam bakul. Kemudian pilih sayur yang lain. Sampai ke kotak-kotak ikan, emak melakukan perkara yang sama. Pilih beriya-iya. Sampai membuka bahagian insang, lihat mata ikan sama ada merah atau putih, siap cium-cium baunya.
Apabila sudah berkahwin baru aku perasan satu perkara. Terutama apabila aku sendiri ke pasar untuk membeli barang-barang dapur.
Keseronokan membeli ikan, ayam, daging, sayur-sayur dan kemudian dibawa ke rumah itu sama sahaja perjuangannya membeli belah pakaian dan aksesori kesukaan kau. Jika di pasar, kegembiraan itu datang dengan bayangan untuk memberi keselesaan kepada perut-perut yang ada di dalam rumahnya sendiri.
Masakan yang emak sediakan dari proses membeli, adalah yang terbaik pernah dia usahakan. Pada setiap hari, setiap hari itulah dia akan cuba yang terbaik. Menjaga kebersihan, memasak yang segar-segar, masak dan hidang yang panas-panas, semuanya.
Dan segala itu disediakan dalam keadaannya dirinya sendiri bersusah dan beriya-iya mahu anak dan suaminya kenyang serta dapat berehat selepas makan.
Hari ini, kita boleh sahaja melihat emak yang sudah berkedut-kedut masih mahu sediakan itu ini untuk kita. Kadang-kadang apabila malasnya datang, dia melihat sahaja anak-anak pulang dengan membawa buah dan makanan yang telah dibeli. Dia senyum sahaja.
Suatu masa lalu, membeli dan bawa pulang makanan yang sudah siap sama sahaja seperti membawa masuk anasir luar ke dalam rumah. Ia datang dengan segala resah ibu bapa tentang bagaimana ia dimasak, bagaimana ia dipilih-pilih bahannya.
Peralatannya bersih atau tidak, ada perasa atau ada bahan-bahan yang bolehkan anak-anaknya sakit perut begitu begini.
Maka semua itu berlalu tanpa sedar.

banner malaysiakini

Kita ini hidup dengan semuanya makan dari dalam rumah. Mahu ke sekolah pun emak bekalkan. Boleh sahaja masih panas di dalam bekas. Dan kita makan tanpa sedikit pun sisa-sisa.
Hari ini, kita suka ke sana ke mari. Makan sahaja apa yang kita rasa mahu makan. Kemudian kita pelik, kenapa anak tidak mahu dengar kata. Mengapa anak-anak kita begitu begini dengan kita. Rupa-rupanya emak kita dulu sibuk benar.
Dari membeli belah di pasar, emak kita sudah berdoa-doa untuk semua anak-anaknya. Oh yang itu suka makan kari. Oh yang ini suka tempe. Lalu berlalu terus di mulut dan hatinya, semoga yang memakan ini bijak. Semoga yang menjamah ini jadi ubat. Semoga itu, semoga ini.
Dan waktu masak untuk anak-anak itulah dia sampaikan ingatannya kepada Tuhan. Doanya dipanjat dalam setiap gerak-gerinya mengacau masak lemak di dalam periuk. Memotong ikan-ikan kegemaran suaminya, juga menggoreng sayur-sayur kesukaan anak-anak perempuannya.
Lalu kesemua itu Tuhan makbulkan.
Kerana janji Tuhan, doa ibu yang berusaha memandaikan anaknya, doa ibu yang bersusah mendidik anak-anaknya itu tidak ada hijab. Semua makbul.
Dan itulah kita yang berdiri hari ini. Jadi bijak pandai di mana-mana berkelaku baik serta selalu sahaja menjadi contoh di serata dunia.
Kini, perjuangan untuk anak-anak kita pula sedang bermula.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad
Mari berjuang.

36046-sudahkah-kita-mengucapkan-terima-kasih-kepada-ibu-kita

SUMBER IMEJ

SUMBER: Facebook Khairul Hakimin Muhammad 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *