father_and_son

Menggembirakan Ibu Bapa Adalah Menggembirakan Tuhan

keluarga muslim

SUMBER IMEJ

Saudara Khairul Hakimin Muhammad berkongsi kisahnya.

Itu hari aku ikut orang rumah aku ke sebuah hospital. Elok jururawat kata doktor lambat sikit, jadi kami berdua putuskan nak solat dulu. Naiklah kami ke surau, elok pula ada program ustaz sedang berkuliah.

Nak solat di belakang macam tak sedap pula, dengar sahaja dulu. Aku suka point ustaz tersebut (aku tak kenal) yang dia cakap anak-anak ini diberi kepada mereka para ibu bapa dengan sebuah ingatan.

TJ

Yang mana makhluk yang bernama ingatan itu akan semakin hari semakin pudarĀ dari kepalanya. Waktu dia kecil, dia akan sebut mama mama mama, babah babah babah sebanyak mana yang dia suka. Dan dia jadikan itu sebagai hobi, sebagai kesukaan juga sebagai sebuah bentuk hubungan yang tak pernah bertepi.

Waktu dia sudah bersekolah. Mulalah emak dan ayahnya memanggil namanya lebih lagi dari dia. Kadang bersahut, kadang tidak.

Apabila dia sudah berkawan, bijak memilih teman hidup, kau akan jarang-jarang mendengar dia memanggil emak, mama, ibu, abah, ayah, daddy dan bak.

Semuanya itu kerana semakin hilangnya mereka dalam kepala kita semua. Sibuk berkawan, sibuk kerja, sibuk mencari wang, sibuk membantu kesusahan orang, sibuk menolong sana sini, sibuk berbuat kebaikan dan kebajikan. Semuanya kesibukan yang baik-baik kita buat.

Ya, semuanya beroleh pahala.

Ustaz itu cakap, mahu ingat kepada emak ayah memang ya boleh dalam doa. Namun jika mereka masih hidup, panggillah setiap hari. Sebutlah setiap masa apabila berjumpa,

Kerana mereka sangat-sangat rindukan panggilan itu.

Dan setiap panggilan itu disebut dengan lembut, sopan dan penuh dengan cinta, emak ayah kamu akan menyambutnya dahulu dengan senyum, barulah mulutnya berkata ya.

banner malaysiakini

Pada waktu itu ketahuilah, hatinya besar seperti besarnya tangan dia menyambut kelahiran kamu bertahun-tahun lalu. Jiwanya riang, berbunga-bunga melihat kamu, sampai segala dan semua yang ada di hadapannya itu tertutup dengan cahaya kamu.

Dan cahaya itu dinamakan bahagia. Ingat kawan, menggembirakan ibu bapa adalah menggembirakan Tuhan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kerinduan.

SUMBER: Facebook Khairul Hakimin Muhammad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *