Kredit-Rumah-dengan-Gaji-3-Juta

10 Sebab Dah Gaji RM3K Tak Beli Rumah Lagi. Yang Gaji RM2K Pun Dah Beli

rumah-minimalis-1-lantai-type-45

1. Sebab dah terbeli kereta mahal. Ansurannya saja dah makan 30% daripada gaji dia. Belum masuk petrol, tol, servis dan lain-lain. Entah-entah boleh habis 50% gaji hanya untuk kereta saja.

2. Takda buat simpanan bulanan. Paling kurang, simpanlah 10% daripada gaji. Tapi dapat simpan 30% lagi bagus. RM3000 x 30% = RM900. Simpan setahun dan ada RM10,800. Simpan masa bujang lagi mudah. Sebab komitmen tak banyak.

3. Nak beli rumah harga lebih RM300K. Mungkin lepas, mungkin tak. Kalau lepas kiraan DSR, mungkin tak lepas kiraan NDI. Kalau lepas pun, masalah kat modal pula. Jadi rendahkan sikit bajet tu. Beli rumah sekitar RM150K pun dah okay.

4. Tak pandang langsung rumah lowcost. Rumah reban ayam katanya. Takpun rumah burung sebab design kotak-kotak saja. Dia tak tahu kot rumah lowcost ni berebut orang nak bida kalau dah masuk lelongan. Yang bukan low cost pun ada yang murah, ikut lokasilah.

TJ

5. Masih berfikir orang gaji RM3,000 tak mampu beli rumah. Bagi dia, orang yang beli rumah adalah orang-orang kaya. Padahal kalau tahu caranya, gaji RM2,500 pun dah boleh beli rumah.

6. Nak tunggu rumah PR1MA, rumah SelangorKu, RUMAWIP. Nak mohon, boleh. Tapi tak perlu tunggu bertahun-tahun. Sementara nak tunggu tu, survey sekali rumah-rumah subsale, banyak juga yang bagus-bagus.

7. Orang yang bergaji RM3,000 tak layak dapat BR1M. Jadi, memang sukar nak adakan simpanan. Ada orang kata, BR1M tu boleh tampung kos sara hidup yang kian meningkat hari demi hari. Tak taulah siapa yang kata.

8. Mak bapak tak bagi beli rumah cikai-cikai, paling kurang nak rumah bertanah. Bagi mereka, kerja anak mereka sebagai eksekutif di kota metropolitan Kuala Lumpur bergaji besar. Walhal sekitar RM3,000 saja.

9. Lebih selesa menyewa bilik RM500 sebulan daripada beli rumah RM160K dengan bayaran bulanan hanyalah RM750. Tak salah pun sewa bilik tu, tapi sambil sewa bilik, kenalah ada rumah sendiri juga. Rumah sendiri, sewakan kat orang lain.

10. Graduan gaji RM3,000 biasa rasa gaji dia dah cukup besar. Iya, fresh graduate nak dapat gaji mula RM3,000 memang sangat payah. Jadi bila dah dapat, mulalah nak impress orang lain dengan kehidupan mewah, travel sana sini, kereta best.

Ada juga situasi yang mana mereka anak sulung yang ada komitmen tinggi kat keluarga masing-masing. Kita tak nafikan memang wujud orang macam tu. Kita doakan semoga setiap orang dapat memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.

banner malaysiakini

Kalau memang dah usaha sehabis baik, masih tak mampu memiliki rumah, jangan buruk sangka dengan Allah. Pasti ada hikmahnya. Allah akan gantikan dengan perkara yang lebih baik.

Iya, rumah memang tak wajib kau beli. Yang wajib adalah solat 5 waktu sehari semalam. Tapi bila kau beli rumah, kau akan rasa tenang sebab tak perlu nak cari rumah sewa lagi. Kalau kau sebagai ketua keluarga, kau tak perlu risau lagi jika ajal menjemput. Sekurang-kurangnya, isteri dan anak kau dah ada tempat berteduh.

Tapi kalau kau tak mampu beli rumah sebab kesilapan kau sendiri dalam mengurus duit ditambah pula dengan dosa-dosa kewangan yang kau lakukan dengan kerelaan sendiri, mohon insaf segera. Haha! – HF

SUMBER: Facebook Harith Faisal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *