hutang

Mangsa Hutang Di Sebabkan Mak Bapak

banyak-hutang

SUMBER IMEJ

Saya ada terbaca kisah sedih baru-baru ni. Pasal seorang anak muda penjawat awam, berumur 22 tahun. Dia jadi mangsa hutang yang serius sebab mak bapak dia.

Iya! Sebab mak bapak dia sendiri. Mak bapak patutnya jadi orang yang paling faham anak-anak. Tapi kesian sebab mak bapak dia yang suruh dia berhutang sana sini.

Bermula dengan kereta. Dia tak nak beli kereta sebab dia lebih selesa pergi kerja naik motor pasal nak jimat. Gaji dia RM2,000 saja. Tapi, sebab mak bapak, dia turutkan jugalah.

Nak beli Saga tak lepas sebab kereta second hand, kena ada guarantor. Mak bapak tak boleh jadi guarantor sebab dua-dua kena blacklist. Ehem! Kat situ dah nampak sesuatu.

Jadi dia “dipaksa” buat personal loan. Personal loan sebanyak RM40,000, beli kereta Myvi second hand RM32,000, bakinya dia guna untuk repair kereta tu. Banyak rosak katanya.

TJ

Lepas tu, disuruh pula dia bayar hutang perabot RM3,000. Kemudian, bapaknya suruh pulak anak tu pasang garaj untuk kereta. Takut kereta yang dibeli tadi rosak.

Kesian bila dia kata dia dah tak mampu, bapak dia tengking dia. Bila dia mengadu kat maknya, pun kena marah juga. Siap mak dia kata yang dia ni boros dan tak reti simpan duit.

Sedih wei! Padahal lepas tolak duit hutang, duit sewa rumah, bil-bil semua dan duit simpanan untuk kahwin tahun depan, dia tinggal RM200 saja untuk survive. Jenuh nak jimat.

Nasihat saya untuk korang yang hadapi situasi macam ni,

  1. Beranilah untuk kata “tidak” kat orang yang suruh kita berhutang walaupun mak bapak kita sendiri. Kalau kau gaji besar, takpelah. Tak luak pun. Yang gaji kecik, habislah.
  2. Tunjukkan kira-kira bajet bulanan kat dorang jika perlu. Barulah dorang tau kita ni kena berjimat tahap ikat perut kaw-kaw kalau kita tambah hutang lain ikut kemahuan dorang.
  3. Cara terakhir. Kau buatlah side income banyak-banyak. Tapi jangan bagitau dorang. Kalau nak harapkan gaji RM2,000 tu saja, memang tak cukup.

banner malaysiakini

Apa yang saya nampak sekarang, bukan anak muda saja yang kena ada ilmu kewangan. Mak bapak kita pun kena ada ilmu kewangan dan pelaburan. Saya ada sebut dalam talk saya tadi.

Mak bapak boleh jadi orang yang sangat supportive bila anak nak jaga kewangan. Mak bapak juga boleh jadi penyebab anak-anak terjebak dengan dosa kewangan yang serius.

Tak ada istilah terlambat untuk mula belajar tentang kewangan dan pelaburan. Kalau bukan untuk diri sendiri, ia mungkin berguna untuk anak kita nanti. Jadilah, mak bapak yang bijak!

 

SUMBER: Facebook Harith Faisal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *