dinero-291x300

Bersyukurlah Gaji Kecik

uang

SUMBER IMEJ

Saudara Harith Faisal ada berkongsi tentang kisahnya.

Saya masa kat universiti dulu, memang selalu berangan bila dah dapat kerja, nak beli kereta Honda, nak travel dengan family, nak upload gambar makan kat tempat-tempat best dalam Instagram dan Fesbuk. Sama tak?

Saya ada jugak terbayang dan teringin nak beli rumah besar terus sebagai rumah pertama ala-ala drama TV3, baru mula kerja dah duduk kondo, rumah landed fully furnished. Takkan nak duduk flat kan. Haha!

Sedar tak sedar, apa yang saya bayangkan tu sangat tak releven untuk saya ikut kalau saya nak hidup dalam kewangan yang stabil dan terkawal. Nak nampak kaya, tapi miskin, bolehlah buat macam tu.

TJ

Nak beli kondo dengan gaji graduan fresh? Kalau dapat medium cost apartmen pun dah power. Itu pun tak ramai yang boleh buat. Gaji kecil satu hal. Tapi banyak lagi penyebab lain kau lambat beli rumah. Nanti saya cerita.

Masa saya gaji RM1,500 lagi, nasib baik saya dah dapat kesedaran urus duit dan ada usaha cari ilmu hartanah sikit-sikit. Jadi, dapat saja offer kerja bank dengan gaji lebih tinggi, saya tau apa nak buat lepas tu dengan gaji tu.

Saya memang aim nak beli rumah cepat-cepat sebab dah tak sabar nak apply ilmu-ilmu yang saya sedut selama ni. Lantaklah takda kereta mahal pun, tak travel pun, janji nak rumah sebijik. Dapat flat pun dah tak kisah.

banner malaysiakini

Baru habis belajar, nafsu membuak-buak nak beli macam-macam. Untung jugak saya tak dapat gaji tinggi awal-awal sangat. Kalau tak, memang saya dah angkat Honda City sebijik bayar bulanan RM800 selama 9 tahun.

Kemudian menyesal. Haha!

Bersyukurlah gaji kau masih kecil. Allah nak bagi peluang untuk kau cari ilmu pengurusan kewangan. Allah nak halang kau daripada buat dosa-dosa kewangan yang serius. Bila dah ready, insyaAllah dapat gaji besar lepas ni.

Positif, kan? Haha! – HF

SUMBER: Facebook Harith Faisal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *