Taman-Dhika-Sidoarjo-Kota-Sidoarjo-Indonesia

Tips Beli Rumah Idaman

50829408

SUMBER IMEJ

KENAPA BAYAR LEBIH

  1. Anak muda makan gaji RM3K nak beli rumah pertama iaitu rumah idaman berharga RM500K memang tak realistik. Ansuran bulanan saja dah RM2,500.
  2. Apa yang dia boleh buat adalah tunggu gaji naik ke RM5K, barulah boleh lepas pinjaman bank. Tapi masa tu, rumah RM500K dah jadi RM600K-RM700K.
  3. Kalau nak cepat beli rumah idaman tu, cari pasangan gaji RM2K paling kurang. Lepas kahwin, gabung gaji RM3K + RM2K = RM5K untuk beli rumah idaman RM500K tu.
  4. Ansuran bulanan RM2,500 adalah 50% dari RM5K gaji. Boleh lulus. Tapi, tak bagus duduk rumah sendiri yang mahal-mahal. Pastikan ansuran tak lebih 30% gaji.
  5. Kalau bayar rumah duduk sendiri saja dah separuh gaji isi rumah, tak ke ikat perut jawabnya. Nak bayar kereta lagi, barang dapur lagi, bersalin kat hospital swasta lagi.
  6. Pasangan muda baru berkahwin, tak perlu rumah besar-besar pun boleh hidup bahagia. Bilik tidur sampai 4, tapi duduk berdua atau bertiga. Kenapa bayar lebih?
  7. Lebih baik beli dua rumah kecil sederhana RM250K. Satu pakai nama suami, satu lagi pakai nama isteri. Satu disewakan, satu lagi duduk sendiri.
  8. Alahai, muda-muda duduk rumah kecil apalah salahnya. Janji ada. Takda apa nak dimalukan. Ramai anak muda yang tak beli rumah pun lagi. Dorang relaks je.
  9. Ini hanya cadangan saya. Tak wajib ikut pun. Kalau nak ikut, bagus. Tak nak ikut, jangan kecam. Hari-hari kita nak makan nasi kan bukannya makan pasir.
  10. Haha. – HF

banner malaysiakini

 

SUMBER: Harith Faisal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *