mas2

Jangan Curi Duit Tabung Surau !

Sejak akhir-akhir kita dapat baca dlm media massa banyak berlaku kecurian duit tabung masjid. Ada suspek yang terlepas, ada yang kelibat mereka berjaya dirakamkan di CCTV, tidak kurang juga ada yang lembik setengah mati kena belasah dengan kariah.

Betul, mungkin ia dilakukan oleh penagih dadah, mungkin ada yang tabiat mencuri ni dah melekat kat sanubari mereka…tetapi kami yakin ramai yang terlibat ini kerana dah hilang punca atau otak dah ‘jem’ disebabkan desakan hidup yang melampau.

Mungkin anak bini kat rumah kelaparan, mungkin kerana duit dalam poket dah kering, mungkin ada yang kena buang kerja, berhutang dengan along etc.

surau

SUMBER IMEJ

Menyedari hakikat itu, kami di Surau Al-Qudwah, Prima Damansara mengambil keputusan untuk ‘join’ beberapa rumah Allah yang lain untuk mewujudkan ‘Gobok Rezeki’ di surau kami.

Kami tak letak dalam surau, tetapi di perkarangan surau. Jadi tak timbul masalah malu, tak timbul masalah nak cari tok siak, tok imam kalau ‘terdesak’ . Gobok rezeki ni bukan saja untuk yang daif, kalau ada anak kariah kami keputusan bekalan makanan malam-malam, nak pergi kedai tetapi dah tutup atau takde transport nk pergi 7Eleven sebagai contoh, datang dan ambillah apa yang perlu, bila senang gantilah balik.

Kami decide tak ambil butiran atau detail mereka yang memerlukan bahan-bahan makanan dari gobok ini. Kami tak mahu ada yang bagi alasan segan, alasan birokrasi etc. Ambillah sekadar yang diperlukan. Ada beras, ada tepung, ada sardin, ada gula, ada pampers etc.

Kami hasnudzon, bersangka baik. Ada yang kata cari nahas kalau buat macam ni, confirm setengah hari saja ‘clear’ gobok ini tetapi kami tahu Allah ada. Pada masa yang sama kami berdoa agar kemudahan ini digunakan sebaik-baiknya dan tiada pihak yang ambil kesempatan atas budi baik pihak surau.

TJ

Paling penting, kami tak mahu ada yang curi duit tabung surau sebab anak kat rumah lapar tak makan!

Pada mereka yang nak sponsor atau ‘top up’ gobok rezeki surau kami alu-alukan untuk berbuat demikian.

Pada mereka yang tinggal di Lembah Kelang dan berhajat nak wujudkan ‘gobok rezeki’ di surau atau masjid kat kariah masing-masing, bolehlah PM kepada saudara¬†Nzam Whid. Beliau antara individu yang cukup aktif melakukan kerja-kerja amal sebegini dan boleh tolong set-up gobok rezeki di tempat anda TANPA MENGENAKAN APA-APA BAYARAN perundingan/ konsultansi. Hanya Allah yang dapat membalas jasa-jasa beliau dan teamnya.

Pada Allah, kami berserah.

SUMBER: Facebook Syahril A. Kadir

banner malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *