gerobok rezeki

Jom Wujudkan “Gerobok Rezeki”

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.

Kata Rasulullah SAW,

” Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. “

TJ

Fakta:

1. Allah SWT juga memberi jaminan terhadap orang yang bersifat pemurah apabila menyatakan sebanyak 29 ayat dalam al-Quran berhubung amalan bersedekah.

2. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan apa sahaja yang kamu sedekahkan, maka Allahlah yang akan menggantikannya. (Saba’: 39)

3. Apabila datangnya kematian, maka terputuslah semua amalan melainkan beberapa perkara sahaja. Sabda Rasulullah SAW, dalam hadis riwayat Al-Bukhari:

اِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ, أَوْ عِلْمٍ يٌنْتَفَعُ بِهِ, أَوْ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: ‘Apabila seorang anak Adam mati, segala amalannya terputus, kecuali tiga perkara: iaitu SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya’.

banner malaysiakini

4. ‘Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas rahmatNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya’.

4. مثل الذين ينفقون أموالهم في سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبة والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم

Ayat yang dibacakan itu menceritakan tentang kelebihan bersedekah. Setiap sesuatu yang disedekahkan, akan digandakan pahala oleh Allah SWT.

Ingatlah kata Rasulullah SAW,

“ Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

dua gerobok

SUMBER IMEJ: Syahril A. Kadir

Akhir sekali, di dalam rezeki kita mempunyai rezeki orang lain juga. Marilah sama-sama kita saling bantu membantu antara satu sama lain supaya kita dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

SUMBER: Facebook Syahril A. Kadir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *