syabu 2

Bahayanya Syabu Kepada Kita

Seperti yang ramai orang tahu syabu boleh membahayakan diri seseorang. Ianya membelenggu ramai anak muda yang tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sehingga boleh membuatkan mereka bertindak aggresive. Terdapat banyak kesan burukĀ  apabila pengambilan syabu yang melampau.

TJ

Saudara Syahril A. Kadir ada berkongsi tentang bahayanya kesan syabu.

KESAN SYABU

Ada yang tanya aku macam mana nak kenal orang yang ambil syabu ni? Aku tak boleh bagi jawapan yang tepat, sebab nak tahu betul-betul kena bawa si polan/ suspek pergi test air kencing kerana hasil dari ujian saringan, ujian makmal saja baru boleh confirm dia ambil syabu atau tidak.
Tapi berdasarkan pengalaman aku menyertai operasi dadah dengan pihak berkuasa, ada beberapa ‘petunjuk’ yang mungkin kita boleh tengok dan ‘ambil berat’ jika ada tanda-tanda begini ada pada suspek.
Antaranya orang yang kuat ambil syabu ni dia suka ketap gigi. Kerap hisap lidah sendiri sampai berdecit-decit bunyinya hingga mulut jadi kering. Lepas amik benda tu diaorang akan berpeluh-peluh.
Diaorang juga kerap menggaru-garu badan (sebab dok terasa macam ada serangga dok merayap kat tangan, badan etc). Sebab tu mereka yang kuat ambil syabu ni badan diaorang penuh luka-luka dan parut. Gigi mereka banyak yang rongak, rosak. Badan memang berbau hapak.

banner malaysiakini

Diaorang juga suka basuh muka , kekadang berkali-kali bagi menghilangkan rasa kebas di muka diaorang. Wajah jangan ceritalah, cengkung, ada ‘eye bag’ (mata lebam sebab tak tidur). Mereka juga boleh hilang selera makan dan boleh untuk tidak tidur sampai berhari-hari lamanya!
Ramai juga yang amik syabu ni kerap mengalami keguguran rambut. Malah ada yang suka cabut-cabut rambut diaorang sampai botak tepi, belakang, tengah kepala etc. Nak cover, depa akan pakai topi.
Lepas tu kalau jumpa benda-benda yang macam dalam gambar aku letak ni, kalau jumpa pemetik api (lighter) yang dibuang kepalanya tu, kenalah alert. MUNGKIN diaorang gunakannya untuk menghisap syabu.

Apapun aku tegaskan sekali lagi, hanya ujian air kencing, ujian makmal saja boleh sahkan sama ada mereka yang ada tanda-tanda aku sebut tadi ambil syabu atau tidak. Jangan hanya semata-mata kau tengok ada anak atau kawan ko punya simptom aku sebut tu kau terus cap dia ambil syabu…belum tentu…kang tak pasal-pasal jadi benda fitnah pulak!

 

syabu 1

 

syabu 3

SUMBER: Syahril A. Kadir

Begitulah perkongsian oleh saudara Syahril A. Kadir. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *