beer-festival

Netizen Bantah Pesta Bir Di Kuala Lumpur

beer date

Baru baru ni kita dibangkitkan dengan isu “Better Beer Festival 2017” yang akan di adakan di Kuala Lumpur. Ramai netizen membantah pesta tersebut kerana dikatakan tidak sesuai mengadakan pesta bir di negara ini. Netizen bimbang akan remaja sekarang, kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai moral masyarakat negara ini.

Ketika masyarakat mahukan pelbagai masalah sosial dibendung termasuk yang berpunca daripada pengambilan alkohol, ada pula pihak yang merancang untuk mengadakan satu pesta bir besar-besaran yang dinamakan Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober ini.

Pesta itu meletakkan sasaran untuk mengumpulkan lebih 3,500 peminat minuman keras itu dan bakal diadakan di sebuah pusat membeli-belah di Sri Hartamas.

banner malaysiakini

Penganjuran tersebut mendapat bantahan keras daripada netizen kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai moral masyarakat negara ini.

Para netizen juga menyatakan, walaupun terdapat pernyataan di laman Facebook berkaitan yang menyatakan acara tersebut dikhususkan untuk mereka yang bukan beragama Islam, tiada jaminan yang dapat diberikan ia tidak memberikan kesan negatif kepada masyarakat baik Islam mahupun bukan Islam.

UTUSAN ONLINE

Sumber: Utusan Melayu (M) Berhad

 

Antara yang membantah acara ialah peguam, Mohd Luttfi Abdul Khalid yang menyatakan sekiranya penganjuran pesta arak ini tidak disekat, ia akan menjadi amalan tahunan dan menular kepada generasi muda-mudi Islam khususnya.

“Sudahlah arak senang didapati di kedai-kedai dan pasar raya, namun menjadikan pemabukan arak sebagai satu pesta tahunan bahkan akan menjadikan masalah sosial semakin kronik. Amalan ini bukan satu ciri masyarakat bertamadun,” kata beliau dalam muat naik laman Facebook miliknya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *