a

Video Seorang Lelaki Alihkan Serpihan Tayar Di Sebuah Lebuhraya Mendapat Pujian Ramai Netizen

Sebuah rakaman video seorang lelaki sanggup mengadaikan nyawa semata-mata untuk membuang serpihan tayar yang pecah di sebuah lebuhraya.

Video tersebut mendapat pujian ramai kerana sikap prihatinnya yang sanggup berkorban demi menyelamatkan nyawa pemandu lain.

Kalau diikutkan, tak ramai yang sanggup untuk berbuat seperti yang dilakukan oleh lelaki ini. Bayangkan dengan keadaan lebuhraya yang dipenuhi dengan kenderaan termasuklah bas dan lori. Pasti ramai yang lebih rela untuk melihat saja serpihan tayar itu daripada mengalihkannya ke tepi.

 

logo TJ (1)

 

Dalam video yang dikongsikan itu, lelaki ini kelihatan sungguh tenang sewaktu mengalihkan serpihan tayar tersebut. Memang betul-betul berani!

Video yang berdurasi selama 43 saat itu telah ditonton lebih 39 ribu kali dan dikongsi lebih 3,000 netizen.

 

 

Sumber: MStar Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *