a

‘Pinggan Mangkuk Viral’ Kurang Selamat Digunakan, Pensyarah Ini Jelaskan Sebabnya

Sejak tiga minggu lalu, pinggan mangkuk seramik ini tular dengan orang ramai menyerbu Pasar Seni dan beberapa lokasi lain semata-mata untuk mendapatkannya yang dijual pada harga serendah 50 sen.

Tidak lama selepas itu, tular pula dakwaan bahawa penggunaan pinggan mangkuk ini dalam penyediaan dan ketika menghidangkan makanan membahayakan kesihatan.

Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya.

Katanya, disebabkan sifatnya yang bertoksid, ia kurang sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman.

Menurut Nor Asrina pinggan mangkuk ini begitu mendapat sambutan hangat sekarang berkemungkinan besar disebabkan seluruh permukaannya (luar dan dalam) disadur dengan kemasan atau cat yang menampakkannya lebih menarik.

Ini berbeza dengan situasi dahulu yang mana kebanyakan kemasan atau cat hanya disadurkan di bahagian luar atau tepi mangkuk, pinggan atau cawan.

 

Image result for pinggan mangkuk viralSumber imej

 

Bagaimanapun katanya, ramai yang tidak tahu kemasan ini mudah terhakis (leaching) apabila suhu panas atau bertindak balas dengan asid, menyebabkan plumbum akan masuk ke dalam badan manusia dengan cara meresap dalam darah, berkumpul dalam tisu dan seterusnya membawa kepada penyakit serius dalam jangka masa panjang.

Beliau mencadangkan pengguna menggunakannya untuk perhiasan atau koleksi saja. Elakkan guna untuk hidang makanan harian.

Bagaimanapun, beliau tetap memberikan nasihat dan panduan kepada pengguna yang tetap berminat untuk menggunakan pinggan mangkuk jenis ini untuk menghidangkan makanan.

Pengguna disarankan untuk tidak menghidangkan makanan atau minuman berasid seperti buah oren, epal, tomato, kicap, sos, kopi, teh atau jus buah-buahan dalam bekas yang menjadi kegemaran mereka itu setiap hari.

 

logo TJ (1)

 

Jangan panaskan makanan dalam pinggan mangkuk ini dan jangan letak makanan panas di permukaannya kerana ‘lead’ akan cair pada suhu panas.

Jangan simpan makanan atau minuman di dalamnya lama-lama sebab lebih lama kita simpan, lebih banyak ‘leaching’ dan lebih banyak lead akan masuk dalam makanan dan minuman.

 

Sumber: MStar Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *