a

Dilahirkan Tanpa Tangan, Video Bayi Belajar Makan Guna Kaki Ini Buatkan Ramai Terharu

Sebuah video rakaman yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan serta menggunakan jari kakinya untuk makan tanpa mendapat bantuan dari orang lain mendapat perhatian Netizen.

Kanak-kanak perempuan bernama Vasilina yang berasal dari Rusia itu menggunakan jari kakinya untuk mengepit garfu dan kemudian menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Ibunya yang bernama Elmira Knutzen terhibur melihat gelagat anak kecilnya itu. Pada mulanya, Vasilina tidak berjaya menyuap makanan ke dalam mulutnya namun dia tidak berputus asa dan kerap kali mencuba sehingga berjaya.

 

logo TJ (1)

 

Netizen turut berkongsi kegembiraan apabila video tersebut telah ditonton lebih dari 77 juta kali, 571K likes dan 1.7 juta perkongsian di Facebook.

Usaha Vasilina ini patut dicontohi oleh semua. Walaupun kita hidup dalam serba kekurangan, tetapi kita kita tidak boleh menjadikan ianya sebagai alasan untuk berjaya.

 

 

Sumber: The Reporter

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *