a

Contohi Strategi Promosi Yang Dilakukan Oleh Lazada Ini, Terutama Sekali Untuk Usahawan Online

Siapa tak pernah dengar Lazada? Pasti semua orang pernah mendengar tentang Lazada iaitu sebuah laman web jualan yang begitu besar dan semakin terkenal.

Tugas Lazada adalah mempromosi sebanyak item yang boleh kepada pengguna. Kemudian apabila pelanggan membuat pesanan, urusan pembelian akan diuruskan 100 peratus oleh syarikat yang menjual. Pastinya Lazada akan mendapat komisyen kerana promosi yang dilakukan bagi setiap item yang terjual. Hebat, kan?

 

6 Strategi Hebat Lazada

Dah bersedia untuk tahu apa strategi Lazada sehingga mampu melakukan ribuan jualan saban waktu?

 

Tawaran diskaun untuk pelanggan kali pertama yang membuat pembelian

aSumber imej

Kalau anda pernah membuat belian di Lazada, tentu anda perasan anda akan diberi voucer diskaun 10 ke 20%. Ia diskaun yang pertama yang anda nikmati apabila berurusan dengan Lazada.

Kalau dah dapat diskaun, mestilah pelanggan lagi tertarik. Dengan diskaun seperti ini, pengguna akan kembali lagi berurusan dengan Lazada lagi-lagi urusan pertama begitu lancar dan menggembirakan.
Anda sebagai usahawan online memiliki laman web jualan, rasa-rasanya boleh memberikan diskaun istimewa kepada pelanggan pertama anda? Pasti hebat!

 

Simpan database pelanggan

aSumber imej

Apabila membuat pembelian di Lazada pertama kali, pihak Lazada akan meminta kita memasukkan alamat emel. Apa yang Lazada cuba lakukan ialah mengumpul sebanyak boleh maklumat menghubungi pelanggan mereka – simpan database.

Database yang disimpan seperti alamat emel memudahkan Lazada menghantar newsletter tentang promosi yang bakal berlaku atau sedang berlangsung. Begitu juga dengan tawaran istimewa sempena hari-hari keraian seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru atau lain-lain.

Pelanggan akan berasa sangat dekat dengan Lazada biarpun mereka mungkin tidak melawat laman Lazada setiap hari. Semua ini hanya berlaku dari emel pelanggan sahaja.

Lazada memang memanfaatkan setiap platform yang mempunyai ramai bakal pelanggan nampaknya. Mereka beriklan di Facebook terutamanya. Ini juga menunjukkan pengiklanan di media sosial masih lagi relevan.

 

Fungsi retargeting

Kita mungkin pernah melawat laman Lazada untuk survey harga telefon pintar. Dan sememangnya kita memang ada niat membeli, jadi cuba survey harga dahulu dan membandingkan beberapa jenama telefon sebelum membuat sebarang pembelian di Lazada atau mana-mana kedai fizikal setempat. Selepas survey, kita tutup laman Lazada begitu sahaja.

Apa yang berlaku kemudiannya, hari-hari selepas itu kita mungkin tidak singgah di Lazada, tetapi kita ‘dikejar’ iklan-iklan Lazada dengan item telefon pintar. Buka Facebook, ads yang keluar menunjukkan iklan telefon oleh laman Lazada. Buka Google pun ada juga iklan Lazada, bukan blog pun ada iklan telefon Lazada dengan diskaun istimewa. Pendek kata, mana-mana kita surfing kita akan melihat iklan smartphone by Lazada. Lazada mengejar kita!

Inilah yang dinamakan fungsi retargeting.

Dan apa anda fikir bila bakal pelanggan sentiasa diikuti oleh iklan, malah item yang muncul pula ialah item yang memang difikir-fikir mahu dibeli? Besar kemungkinannya, bakal pelanggan akan tersangkut juga dengan ‘perangkap’ ini.

 

logo TJ (1)

 

Buat tawaran untuk sertai sebagai ejen affiliate

aSumber imej

Apabila ada program ejen Affiliate, trafik ke laman Lazada pasti akan meningkat. Modusnya mudah kerana ejen-ejen affiliate akan berkongsi url promosi mereka di merata-rata platform di internet seperti di forum, blog dan media sosial. Ini akan menjadi backlink kepada laman Lazada.

Ramai orang yang dapat dibawa ke laman jualan Lazada bermaksud peluang jualan juga akan meningkat.

 

Bonus: selalu buat promosi harga runtuh setiap bulan

Siapa tak suka HARGA RUNTUH? Semua orang suka. Itu belum masuk lagi diskaun jika menggunakan kad Maybank, free delivery dan lain-lain.

Bagi sesetengah orang, promosi harga runtuh boleh menjadi titik mula berurusan dengan pihak Lazada buat pertama kali kerana risiko kerugian yang amat kurang. Lagi pula ia berbaloi untuk menilai kecekapan urusan belian dan membina keyakinan untuk pengalaman seterusnya.

 

Sumber: Blog Sabree Hussin

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *