Portrait of a small boy looking a tablet

Tip Pemilihan Mainan Yang Betul Untuk Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Kecil

Pemilihan mainan yang betul dan tepat untuk anak-anak kita adalah sangat penting. Anak-anak dan permainan tidak dapat dipisahkan. Setiap perkara yang dilakukan oleh mereka pasti akan diselangi dengan bermain. Bahkan, aktiviti pembelajaran anak-anak juga akan menjadi lebih berkesan sekiranya ibu bapa menerapkan sistem belajar sambil bermain.

Ini disebabkan oleh kemampuan otak anak-anak itu sendiri gemar melakukan perkara yang menyenangkan mereka iaitu dengan bermain. Namun begitu, sebagai ibu bapa, kita perlulah menjadi bijak dalam memilih jenis mainan untuk anak-anak kita.

Antara ciri-ciri mainan yang harus dititiberatkan untuk anak-anak adalah seperti berikut:

 

Tiada bucu tajam

 

Image result for toys soft educationalSumber imej

 

Kulit anak kita adalah sangat nipis dan lembut. Sekiranya tersilap gaya bermain, anak-anak mungkin akan senang tercedera. Ini akan sedikit sebanyak membantutkan minat dan keberanian mereka untuk meneroka.

 

Tidak mudah pecah dan rapuh

Mainan untuk kanak-kanak yang sebaiknya adalah dari kualiti yang baik. bayi 1 tahun sudah mempunyai kecenderungan untuk menggigit, melempar, mengetuk, memijak mainan dan lain-lain. Mainan yang rapuh & mudah pecah akan mendedahkan anak kepada bahaya tercucuk cebisan yang pecah.

 

Ringan

Pastikan material yang dipilih adalah dari plastik berkualiti atau kayu ringan. Mainan dari kayu atau bahan logam boleh mencederakan kaki bayi jika terlepas semasa memegangnya.

 

 

logo TJ (1)

 

 

Saiz besar

Pada usia 1 tahun, penggunaan deria mulut untuk bereksplorasi masih lagi dominon. Pilih mainan yang bersaiz besar,  tidak mudah ditelan oleh bayi. Mainan seperti guli dan bola-bola kecil adalah terlarang di rumah yang mempunyai bayi.

 

Elakkan mainan yang mengandungi air

JIka memilih mainan seperti teether, pilihlah yang mengandungi gel. Mainan yang mengandungi gelembung air akan merangsang anak untuk menggigit dengan geram, sehingga boleh menyebabkan kebocoran pada teether.

 

Sumber: Blog Sakinah Hamid

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *